Kursus Komputer di Mojokerto
USIA mencecah 70 tahun bukan penghalang bagi Aishah Hamad atau lebih dikenali sebagai Opah untuk terus belajar.
Berasal dari Bandariang, Gerik, Aishah berkata, beliau membuat keputusan untuk mendaftarkan dirinya di Kolej Komuniti Lenggong dan mengambil kursus komputer jangka pendek membabitkan Perlabelan bagi menghasilkan logo untuk produk ikan pekasamnya.
“Selepas saya tahu kolej ini menawarkan kursus komputer jangka pendek berkenaan, saya cepat-cepat mendaftarkan diri tiga hari lalu dengan bantuan saudara-mara.
“Menerusi ilmu yang ada, saya mahu mencipta logo untuk ikan pekasam diusahakan sejak lima tahun lalu. Ini adalah peluang tidak akan saya sia-siakan,” katanya.
Beliau ditemui pada majlis perasmian Kolej Komuniti Cawangan Lenggong yang disempurnakan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, yang turut menyebut nama Aishah pada majlis berkenaan, hari ini.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian, Perladangan, Penerangan dan Pembangunan Modal Insan negeri Datuk Saarani Mohamad; Ahli Parlimen Lenggong yang juga Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah dan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Prof Datuk Dr Mohd Ismail Abd Aziz.
Aishah yang juga ibu tunggal kepada lapan anak berkata, usia bukan penghalang buatnya untuk belajar, malah mengakui hari ini pertama kali menggunakan komputer selepas mengikuti kursus selama lima jam dengan bayaran hanya RM5.
“Ini pertama kali saya gunakan komputer. Pada mulanya, saya rasa kekok, tetapi sekarang saya rasa syok (gembira) dan tidak sabar mahu terokai apa yang ada dalam komputer ini.
“Mungkin ramai mengaitkan penggunaan teknologi khusus untuk golongan muda kerana kehidupan mereka banyak dipengaruhi dengan teknologi.
“Tetapi kreativiti itu bukan hanya untuk orang muda sahaja dan tidak ada sebab langsung kenapa orang tua seperti saya tidak boleh memainkan peranan penting untuk mengubah masa depan,” katanya.
Aishah berkata, banyak lagi kursus ditawarkan di Kolej Komuniti yang boleh disertai bukan hanya untuk orang muda, tetapi orang sepertinya dan berharap kursus perlabelan diikutinya dapat membantu pasaran produk ikan pekasamnya dapat pergi lebih jauh.
“Saya harap impian akan menjadi kenyataan dan dengan adanya logo dicipta sendiri, ia dapat mempromosikan produk saya dengan lebih berkesan,” katanya.
Sementara itu, Idris berkata, semangat ditunjukkan Aishah menunjukkan Kolej Komuniti adalah untuk semua.
“Kursus Perlabelan dihadiri semua golongan termasuk seorang berumur 70 tahun bernama Aishah, (menunjukkan) kursus di kolej ini adalah untuk sesiapa sahaja tidak kira umur.
“Ia amat relevan untuk menghadapi Revolusi Industri 4.0. Kita lihat kursus untuk pelajar kurang upaya pun ada, kursus komputer untuk pelajar sekolah pun ada,” katanya.
Sehingga kini, 95 Kolej Komuniti diwujudkan di Malaysia dan 14 daripadanya di Perak termasuk Kolej Komuniti Cawangan Lenggong yang menawarkan Sijil Pelancongan dan Pengembaraan.
Sementara itu, pada program berkenaan, PTPTN turut memberikan sumbangan penabungan di dalam akaun simpanan Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1Malaysia (SSPN1M) berjumlah RM300,000 membabitkan 300 pelajar di Lenggong.
kursus komputer di indonesia
kursus komputer di jakarta
kursus komputer di jogja
kursus komputer di metro
kursus komputer di sumatera
Kursus Komputer di Mojokerto
kursus komputer di indonesia
kursus komputer di jakarta
kursus komputer di jogja
kursus komputer di metro
kursus komputer di sumatera
0 Reviews:
Post Your Review